Surah 21:
AL-ANBIYAA (Nabi-Nabi),
Surah Al-Anbiyaa’ yang terdiri atas 112 ayat, termasuk golongan
surah-surah Makkiyyah.
Dinamai surah ini
dengan”Al-Anbiyaa” (nabi-nabi) kerana surah ini mengutarakan kisah beberapa
orang Nabi. Permulaan surah Al-Anbiyaa’
menegaskan bahawa manusia lalai dalam menghadapi hari berhisab, kemudian
berhubung adanya pengingkaran kaum musrik Mekah terhadap – wahyu yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w. maka ditegaskan Allah, adapaun nabi-nabi itu manusia
biasa, akan tetapi masing-masing mereka
adalah manusia yang membawa wahyu yang pokok ajarannya adalah tauhid, dan
keharusan manusia menyembah Allah Tuhan Penciptanya. Orang yang tidak mahu
mengakui kekuasaan Allah dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi itu,
akan diazab Allah didunia dan diakhirat nanti.
Kemudian dikemukakan kisah beberapa orang nabi dengan umatnya. Akhirnya surah itu ditutup dengan seruan agar
kaum musyrik Mekah percaya kepada ajaran yang dibawa Muhammad s.a.w. supaya
tidak mengalami apa yang telah di alami
oleh umat-umat yang dahulu. Selain yang
tersebut diatas pokok-pokok isi surah ini ialah; keimanan, kisah dan lain-lain.
.
Sumber 1;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al-Anbiaya (1-112),
Sumber 2;